Perbezaan mass gainer dan whey protein
Apa beza MASS GAINER DAN WHEY PROTEIN ?
Walaupun soalan basic tapi masih ramai lagi rakan-rakan kita tidak dapat bezakan dengan jelas. Admin bantu mereka agar tidak silap membeli walupun bukan beli di kedai lain agar bersesuaian dengan target mereka.
MASS GAINER mengandungi Protein yang rendah tetapi tinggi karbohidrat, lemak, gula dan kalori di dalam. Ada juga GAINER yang mempunyai protein yang sama tinggi dengan karbohidrat tetapi kalori tidak terlalu tinggi. Jadi sudah pasti MASS GAINER amat sesuai bagi mereka yang mahukan penambahan berat badan dan pembesaran otot badan.
Manakala WHEY PROTEIN pula mengandungi tinggi protein tetapi rendah kalori, karbohidrat, sugar dan lemak. Jadi sudah tentu WHEY PROTEIN sesuai bagi mereka yang tidak mahukan penambahan berat badan dan untuk mereka target membentuk otot sahaja ala-ala model fitness macam tu.